Hari ini aku ziarah ke rumah pelajar aku di Tanah Merah. Bagus orangnya. Ini pun sebab dia ada update status masak ketupat palas. Di Kelatan makanan kegemaran orang Kelatan ketika raya antaranya adalah ketupat palas. Berbeza dengan aku di Perak. Saban tahun, tiap kali raya abah akan masak lemang dan rendang.
Patutnya semalam aku ziarah Syahrul. Tapi dek penat melapah lembu korban, aku terlupa. Ya semalam adalah saat aku pertama kali melapah lembu korban sepenuhnya. Aku, 2 orang adik ipar aku dan ayah mentuaku. Mula 12pm. Habis 4pm. Itu habis pun sebab orang ladang tolong. Aku dengan tak tahu apa bawa pisau dapur. Bayangkan betapa penatnya nak melapah kulit lembu seberat 300kg itu.
Aku janji 10.30am. Jadi ikut maps, aku gerak sekitar 9.45am. Bagus ada apps maps ini. Bantu untuk jangka sampai ke rumah orang.
Sebaik sampai, aku baru teringat yang aku lupa nak beritahu bahawa aku datang seorang. Ini mesti keluarga si Syahrul ingat aku datang sekeluarga.
Dan betul jangkaan aku. Banyak betul masakan emaknya. Ah, aku berasa bersalah pula. Semalam dah lah tak dapat datang sebab penat. Yelah maknya dah masak sup.
Tak apa. Aku makan mana mampu. Rupanya ada abang shahrul sebaya aku. Kira umur emak syahrul ini sebaya mak dan ayah aku sahaja.
Keluarga syahrul pulang ke Tanah Merah dek PKP. Aku tak tahu kisah lanjut. Tapi aku tahu mereka pulang ketika PKP melanda.
Sambil bersembang, emak syahrul memberi beberapa bekal. Aku datang membawa daging korban semalam. 2 beg plastik untuk diberi.
Ketika pulang, ditambah pula dengan buah kuini. Teringat pula buah kuini ini di Sabah yang digelar sebagai mangawani. Menggamit memori betul.
Aku pergi ziarah Hakimi pula di Pasir Puteh. Terkejut aku masa sampai. Besar betul rumahnya.
Ini rumah mak saudara ana, kata Hakimi.
Ayah Hakimi sakit. Aku nampak Hakimi up status whatsapp. Kiranya dia ada di Pasir Puteh.
Aku datang membawa daging korban semalam juga.
Asalnya nak singgah rumah Ridwan dulu. Tapi kisahnya si Rid pun sibuk dengan hal-hal jemputan. Almaklumlah raya haji memang meriah di Kelantan.
Selepas itu aku beransur pulang. Dalam perjalanan singgah sekejap di masjid Ar Raudah untuk solat Jumaat.
Habis solat, terus aku bergerak ke rumah En Nasrul pula. Aku terbaca mesej jemputan beliau di grup wasap kerja. Alang-alang dah balik itu singgahlah.
Kiranya sudah 3 tempat aku ziarah hari ini. Seorang diri. Patutnya sekeluarga. Tapi itulah. Umair masih tak sihat lagi dengan demam cacar air. Masih ada timbul bintik bintik di badannya.
Untuk elak apa-apa jangkitan, maka dia kuarantin di rumah dijaga oleh Nabihah.
Ketika ziarah rumah En Nasrul aku perhati orang yang hadir akan membawa gula. Aku ingat ini memang budaya sini. Kalau ziarah wajib bagi gula.
Eh tapi en Fauzi Peperiksaan datang bagi buah.
Oh memang budaya sini bagi buah tangan. Aku tak tahu pula boleh beri buah tangan sepaket gula dan biskut.
Terasa malu pula tak beri apa-apa. Nasib ke rumah syahrul dan Hakimi aku ada bawa daging korban.
Tetiba nak beri pula buah kuini yang aku dapat. Tapi banyak tak masak. Tak apa lah. Jadi pengajaran buat aku supaya lain kali kalau datang ziarah, bawa buah tangan sepaket gula dan biskut.
Aku lega dapat tunaikan hak ikhwah hari ini. Ziarah.
Budaya itu bukanlah ada dalam diri aku sebenanrya. Aku tak kisah pun orang ziarah aku ke tidak. Tapi ada hadis nabi tekankan tentang ziarah ini.
Ah rugilah kalau aku tak ambil kebaikan ini kan?
walaupun aku nampak di kalangan ikhwah muda jarang nak ziarah orang. bahkan adik aku pun takda semangat nak ziarah orang.
ah, nak kata orang. aku sendiri pun tak pernah nak ziarah orang kalau ke sekian sekian tempat. padahal tahu je mereka ada di situ.
jadi aku patut buat amalan ziarah walaupun sekejap.