Nasi Goreng


Pagi ini Ahmad kata Abi boleh masak semua jenis nasi. Mama boleh masak satu jenis sahaja nasi goreng. Aku senyum sahaja sambil bersiap untuk pergi kerja. Aku sahaja buat lambat sebab masuk lambat untuk ke Little Caliph. Program Cuti Sekolah bermuila 7.45am.

Aku teringat perkongsian Munir tentang resipi nasi goreng sedap. Lebihkan bawang merah dan bawang putih. Lebih tu tak lebih sangat. Lebih sikit dari dos yang disarankan.

Contohnya jika 5 ulas, kita bagi 7 ulas. Begitulah.

Aku hanya guna bawang merah, bawang putih dan ikan bilis Sabah.

Ingat lagi aku ketika makan bersama Uthman. Aku tergigit batu selepas memakan kacang goreng bersama ikan bilis goreng. Uthman mencemuh ikan bilis semenanjung. “Aku pergi lihat ikan bilis di Papar. Serius lebih bersih berbanding ikan bilis di semenanjung yang berhabuk dan penuh bendasing.”

Oh aku tidak tahu tentang ini. Selama ini aku hanya tahu membeli ikan bilis tawau.

Aku beli 1kg ikan bilis tawau. Itupun aku tempah daripada Razi yang masih ulang alik Tambunan Tawau setiap minggu.

Ikan bilis akan aku ambil segenggam. Aku akan goreng dahulu ikan bilis. Tips nak garing adalah tungguh sehingga mula berbuih.

Pastinya perlu basuh dahulu ikan bilis. Selama ini aku masuk begitu je ikan bilis ke dalam kuali. Tak tahu pula kena basuh. Ini pun setelah berkahwin baru aku tahu bila aku lihat isteri aku memasak. Noob kan?

Selepas ikan bilis garing, keluarkan ikan bilis. Biar api masih panas kuali, masukkan pula bawang putih dan bawang merah telah ditumbuk.

Ya aku tak guna pengisar di rumah ini. Aku tradisional dalam memasak. Yang sebenarnya entah mana blender di rumah ini.

Selepas bahan tumbuk tadi mula mengeluarkan bau wangi, barulah masuk sayur mayur dan daging atau ayam ke dalam masakan. Kadang nak cepat aku masuk je sosej. Selesai. Asalkan ada sumber protein.

Kalau ada lobak merah dan kubis lagi terasa sedap. Entah aku tak tahu kenapa tapi rasa lobak menjadikan nasi goreng aku unik.

Selepas itu aku campur sedikit MSG. Aku guna jenama Aji Nazri. Katanya sedap dan terasa masin sangat macam Ajinomoto. Guna secukup rasa maggi pun okay dah. Letak tu dalam 2-3 sudu teh.

Kemudian aku masukkan 1-2 sudu garam secukup rasa.

Gaul gaul sehingga bahan tambahan terasa masak.

Akhir sekali barulah aku masukkan nasi.

Ikutkan resipi ini, bini aku kata disebabkan aji yang tu sedap. Entah. Aku memang suka letak aji. Aku tak terpengaruh dengan iklan kata msg tak elok untuk badan. Benda apapun kalau berlebihan tentunya akan mendatangkan mudarat.

Tengok orang Jepun. Masakan mereka penuh dengan aji. Tapi hidup mereka lama. Ada sampai 90 tahun. Jadi tak lah valid kata MSG ini penyebab segala penyakit. Tengok pada gaya kehidupan. Itu yang penting.

Kalau jenis melantak je makanan apa dia jumpa, memang lah macam tu kena penyakit sokmo.

Oh ya aku tak selalu masak pun nasi goreng ini. Hanya jika ada kecemasan seperti malas giler nak masak apa.

Recent Posts

link to Ziarah

Ziarah

Hari ini aku ziarah ke rumah pelajar aku di Tanah Merah. Bagus orangnya. Ini pun sebab dia ada update status masak ketupat palas. Di Kelatan makanan kegemaran orang Kelatan ketika raya antaranya...