Kenali
Biografi Izham Alias
Biografi Izham Alias
Saya Izham Alias, seorang penulis dan pekebun. Saya berasal daripada Ulu Kinta, Perak. Saya menjadi dewasa apabila mula masuk ke Universiti Putra Malaysia dalam bidang yang saya minati.
Kini saya bekerja sebagai seorang pendidik dalam bidang yang saya minati sebagai pensyarah pertanian.
Saya mula minat menulis apabila dicabar oleh sahabat saya ketika berada di kolej kediaman di UPM. Sekitar hujung tahun 2009.
Kami sama-sama mencabar untuk menulis blog. Ada sesekali saya teruja sampai terlepas penulisan yang membuka aib. Saya belajar dari kesilapan itu bahawa media sosial bukanlah tempat menceritakan segalanya. Ada perkara elok kita mengadu pada Allah SWT.
Saya tercari-cari idea penulisan. Saya minat berkebun. Bahkan bidang saya belajar itu sendiri berkaitan perkebunan. Lalu saya mengambil inisiatif menulis berkaitan perkebunan di Internet.
Saya mengambil nama Jom Tanam Sendiri. Namun ada konflik. Lalu saya terus mendapat idea Kebun Bandar. Maka terhasillah nama Kebun Bandar.
Saya mula serius menulis blog Kebun Bandar apabila menyertai kelas membina website.
Saya laburkan diri untuk satu kursus yang mahal.
Saya laburkan diri dalam satu kursus penulisan yang berharga RM450. Bayangkan seorang pelajar yang tiada duit tetapi ingin menulis dengan betul.
Saya bahagikan yuran itu dengan seorang kenalan.
Dari situ saya mula menghantar satu artikel ke Dewan Kosmik. Hati gembira kerana mendapat maklumbalas yang baik daripada editor.